xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' Saie Eyza.cOm: Isteri ... Dikaulah Cahaya Kebahagiaanku

Thursday, 2 February 2012

Isteri ... Dikaulah Cahaya Kebahagiaanku

 Isteriku yang sangat setia , biarlah aku sentiasa teringatkan wajahmu yang jernih , sejuk dan serseri . aku akan berasa sangat tenang dengan pancaran cintamu yang lahir dari raut wajah bersihmu . Itulah yang membuatkan aku tidak mahu berpisah daripada dirimu ..

Adakah kau pernah terbaca atau mendengar kata-kata daripada sayidina Umar r.a yang berikut ? kebajikan yang ringan adalah yang menunjukkan wajah berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lembut..

Tetapi sayangku , bahagiakanlah dirimu terlebih dahulu dengan melakukan perkara- perkara yang di redhai oleh Allah SWT , sudah pasti engkau akan dapat membhagiakan diriku pula . ketahuilah bahawa kebahagiaan adalah milik orang-orang mukmin .

Sayangku , Kebahagiaan yang terindah adalah apabila engkau senyum akan jelas keikhlasan timbulan pada tulang pipimu dan lahir juga cahaya dari dalam matamu ..

Kekalkanlah Senyumanmu itu di dalam istana kita . senyumanmu itu sangat penting buat diriku dan iringilah dengan sentuhan lembut jari jemarimu pada tubuhku . Bagi diriku kelembutan sentuhanmu itu boleh membuatkan segala kepenatanku hilang mengikut angin yang berlalu pergi ..
Copyright© All Rights Reserved FaezEyza@blogspot.com