xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' Saie Eyza.cOm: Bingkisan Doa Buat Yang Tersayang

Thursday, 2 February 2012

Bingkisan Doa Buat Yang Tersayang



 Ya allah ..
Seandainya Telah engkau catatkan , 
Dia milikku tercipta buatku ..
satukanlah hatinya dengan hatiku ..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami ..
Agar kemesraan itu abadi ..
Dan Ya Allah ..
Ya tuhan Yang Maha Mengasihi ..
Seiringkanlah kami Melayari hidup ini ..
ketepian Yang sejahtera dan abadi ..


Tetapi Ya allah ..
Seandainya Telah engkau takdirkan dia bukan milikku ..
bawalah dia jauh dari pandanganku ..
Luputkanlah dia dari ingatanku ..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan ..


Serta Ya allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti ..
berikanlah aku kekuatan ..
Melontarkan Bayangan Jauh ke dada langit ..
Hilang Bersama Senja Nan Merah ..
Agar aku bahagia ..
Walaupun Tanpa Bersama Dengannya ..


Dan Ya allah Yang Tercinta ..
Gantikanlah Yang Hilang ..
Tumbuhkanlah Kembali Yang Telah Patah ..
Walaupun tidak sama dengan dirinya ..
Ya Allah Ya Tuhanku ..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu ..
Sesungguhnya apa yang engkau telah takdirkan ..
Adalah yang terbaik buatku ..
kerana engkau maha mengetahui ..
Segala yang terbaik buat hamba ini ..


Ya Allah ..
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku .
Di dunia dan di akhirat ..
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini ..
Jangan engkau biarkan aku sendirian ..
Di dunia ini mahupun di akhirat ..
Menjerumuskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran ...
Maka kurniakankah aku pasangan yang beriman ..
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ..
ke jalan yang engkau redhai ..
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh ..


AMIN ...
ya rabbal alamin ..
Copyright© All Rights Reserved FaezEyza@blogspot.com