xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' Saie Eyza.cOm: January 2012

Thursday 26 January 2012

Rahsia Senyuman







1-Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2-Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3-Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4-Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5-Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6-Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7-Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8-Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9-Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).




10-Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11-Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12-Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13-Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14-Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Wednesday 25 January 2012

Jenis Lelaki Kacak Di Mata Aku

- Lelaki solat lima waktu sehari
semalam.
- Lelaki menghulurkan sedekah
kepada yang memerlukan.
- Lelaki memakai pakaian yang
sopan dan kemas.
- Lelaki yang menghormati ibu bapa
dan sanak saudara.
- Lelaki mampu menepis godaan zina
dan maksiat.
- Lelaki menjalankan tanggungjawab
kepada adik beradik dan keluarga.
- Lelaki memberi ruang duduk untuk
wanita atau golongan uzur di
tempat awam.
- Lelaki berjaya mengawal perasaan
marah dengan ucapan zikrullah.
- Lelaki bertutur dengan penuh
sopan dengan penuh hemah pada
orang lain.
- Lelaki melaungkan azan dan
menjadi imam ketika menunaikan
solat.
- Lelaki menyediakan nafkah zahir
dan batin pada isterinya (sudah
berumahtangga).
- Lelaki berjaya mengawal perasaan
cemburu buta terhadap isterinya.
- Lelaki melayan isteri seperti seorang bidadari.
- Lelaki mampu bangun dari tidurnya
pada malam hari untuk melakukan
ibadah sunat.
- Lelaki mudah dibawa berbincang
dan bertolak ansur.
- Lelaki mampu berdikari dan
bersungguh untuk sesuatu yang
diinginkan.







Saturday 21 January 2012

Aeman Buatmu Ibu

Jenis Sihir

1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami dan isteri)

Sihir jenis ini timbul disebabkan perasaan marah dan benci. Apabila si isteri tengok muka suaminya, si isteri seolah-olah melihat hantu begitu juga dengan si suami.

2. Al-Mahabbah

Sihir ini dibuat oleh si isteri kepada suami supaya suami taat. Terutamanya jika si suami seorang yang kaya dan banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal)

Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi akan benda-benda kecil, tetapi pada pandangan mereka ianya cukup besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul)

Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di suatu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-khumul

Mereka yang terkena sihir jenis ini lebih suka bersendirian untuk suatu tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan sentiasa lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif

Sihir ini membuatkan orang yang terkena mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Mereka juga banyak was-was dan terlalu bersyak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit)

Orang yang terkena sihir jenis ini sentiasa sakit anggota badan, tubuh badan menjadi kaku dan anggota badan tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif

Sihir ini berlaku pada orang yang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh haid). Apabila terkena sihir, darah akan keluar secara berterusan sehingga berbulan-bulan.

9. Ta’til Tawaj

Sihir ini bertujuan untuk merosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita menjadi takut untuk berkahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

Saturday 14 January 2012

Perihal Kahwin












» » KAHWIN HANTARAN MAHAL « «
••► ish..mahalnya?nak jual anak apa?

» » KAHWIN HANTARAN MURAH « «
••► ish..murahnya hantaran,mesti pihak laki orang miskin sebab tu dia letak hantaran murah ja..

» » KAHWIN UMUR MUDA « «
••► ish..muda-muda dah kawin,ni mesti ade buat benda tak baik ni..entah-ntah dah mengandung..

» » KAHWIN UMUR LAMBAT « «
••► ish..dah tua baru nak kawen,tu la muda-muda tak nak kawen..org da beranak-pinak dia bru nak kawen..tak laku kot..

» » KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL « «
••► ish..ni kawen ke ape?kedekutnya,makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sikit..

» » KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR « «
••► ish..besarnye majlis,kalah anak Datuk..nak berlagaklah tu,macam anak die je nak kawin kat dunia ni..

ஜ۩۩ஜ BERSANGKA BAIKLAH..JANGAN DENGAR KATA ORANG,DENGAR KATA ALLAH SWT..HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA..NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI SUSAH ஜ۩۩ஜ







Thursday 12 January 2012

Ayat-ayat Cinta

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya tak kisah rupa awak. Asalkan awak boleh jadi lelaki yang bertanggungjawab, saya sedia terima”.
Ayat-ayat Sebenar: “Saya tak kisah rupa awak. Asalkan awak boleh TANGGUNG saya, sudah cukup.”



Ayat-ayat Penipu Cinta: “Itu abang angkat saya.”
Ayat-ayat Sebenar: “Itulah boyfren saya yg ANGKUT saya ke sana ke mari.”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya sukakan lelaki yg selalu bagi kejutan.”
Ayat-ayat Sebenar: “Saya sukakan lelaki yang selalu bagi HADIAH YANG MAHAL-MAHAL.”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya sukakan lelaki yang memahami. Jika memiliki kekasih yang memahami, hubungan akan kekal.”
Ayat-ayat Sebenar: “Saya sukakan lelaki yang memahami kehendak saya. Jika memiliki kekasih begini saya sanggup utk BERSAMA LAMA. Satu kerana dia tahu apa beg kesukaan saya. Kedua dia tahu saya suka makan di mana dan dia akan belanja saya. Dan yang paling penting dia tahu belikan mana satu jenama baju kegemaran saya!”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya sukakan lelaki yang tidak boros dan cermat.”
Ayat-ayat Sebenar: “Saya sukakan lelaki yang tidak boros dan cermat, supaya saya boleh KIKIS SIMPANAN mereka!”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya tak boleh reply, kredit habislah bang. Tadi call mak di kampung. Nak top-up duit takde. Abang boleh top-upkan?”
Ayat-ayat Sebenar: “Kredit dah habis sebab bergayut dengan jantan lain tadi. Abang boleh top-up kan?

Maksud Pemberian Hadiah Lelaki Kepada Perempuan












✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu ツ
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi ツ
✔ GELANG → Tanda mesra ツ
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian ツ
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan ツ
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin ツ
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu ツ
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi ツ
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta ツ
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan ツ
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur ツ
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang ツ
✔ COKLAT → Semanis cintamu ツ
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan ツ
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ツ
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) ツ

Tetapi hadiah yang paling di nanti2kan oleh setiap perempuan adalah:
❤ MASUK MEMINANG & MENIKAHIMU → Tandanya dia serius dan betul2 ikhlasmencintai kamu ツ

Kadangkala :)

JanganLah Banyak Menunggu :)












Jangan menunggu bahagia baru tersenyum
tapi tersenyumlah, maka akan bahagia....

Jangan menunggu kaya baru bersedekah
tapi bersedekahlah, maka semakin kaya....

Jangan menunggu cinta baru berta’aruf
tapi berta’aruflah, insya Allah cinta hadir dalam ridhaNya....

Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru berkahwin
tapi berkahwinlah, maka insya Allah kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu....

Wednesday 11 January 2012

Ingatan Kepada Semue

Antara Cinta Dan Nafsu
















1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan

Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan.

Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.

Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya, orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks.

2. Cinta buat kita ketawa, Nafsu buat kita Kecewa

Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan).

3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin Diberi

Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima.

Tetapi kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi.

4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin Merosakkan

Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita?

Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu..
Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya.

Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita – cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan proses rumahtangga.

Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya dipeluk dan memeluk dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan seks yang haram.

5. Cinta yang terbaik, Nafsu yang Terbalik

Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan dan perbuatan dosa.

Jika nafsu lebih kuat berbanding cinta didalam jiwa kita, maka Islam telah menyediakan penyelesaian terbaik iaitu pernikahan. Supaya kita, pasangan kita dan keturunan kita terjaga..



Copyright© All Rights Reserved FaezEyza@blogspot.com