xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' Saie Eyza.cOm: 2012

Thursday 1 November 2012

Suprise Buat Si dia :D

Hari tu saya ade jumpe laman web big teddy bear2u.com .

suke sangat tgok bear kat situ , 

comel giler ohh !

then , saye ingat nak post kat orang tersayang , 

my lovely bf , 

saye nak buat suprise kat die semperna birthday die , 

tapi birthday die dah lepas , lewat bagi pon xpe kan , 

asal kan aku bagi , 

aku harap sangat die happy 

. hehe . 

nasib baik la , die bole terus anta kat rumah , 

tak susa kan aku . seronok sangat !

Monday 29 October 2012

Unsur Kejadian Manusia

Tanah : Anak pertama , lima

Air : Anak kedua , enam

Api : Anak ketiga , tujuh

Angin : Anak Keempat , lapan


BERUNSURKAN TANAH :


  • Merendahkan diri , serta patuh dan hormat setia serta rela berkorban
  • Tidak cerewet , tidak meninggi diri , tidak sombong , dan bukan seorang pemarah
  • Tenang diri , aman , dan memberi sokongan
  • Tidak suka membantah , atau membangkang
  • Berwatakan manis , lemah lembut , bersih dan sentiasa menjaga kebersihan


BERUNSURKAN AIR


  • Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat
  • Mengambil berat
  • Hatinya bersih dan boleh membahgiakan pasangan 
  • Menenangkan pasangan
  • Sangat romantis
  • Mudah menangis

BERUNSURKAN API

  • Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan 
  • Cergas , Cepat dalam gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga
  • Penasihat yang baik
  • Pandai dan cekap menguruskan rumah tangga
  • Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
  • Berwaspada selalu

BERUNSURKAN ANGIN

  • lemah lembut dan menenangkan
  • Pandai bermain kata dan memujuk rayu
  • Sopan Santun Dan Berbudi Pekerti Mulia
  • Bijak mewujudkan suasana selesa
  • Hati Yang Cepat berubah


Khas Buat Girls Je Tau :D


Saturday 11 February 2012

Madah Cinta 1

  1. cinta itu tidak pernah meminta tetapi cinta sentiasa memberi
  2. cinta selalu menderita tanpa pernah meratapi dan tanpa pernah berdendam
  3. jangan sesekali menyatakan cinta kepada seseorang kemudian kamu berubah fikiran
  4. cintab bukanlah seperti memilih filem yang hendak di tontonkan 
  5. seseorang yang benar-benar tidak berdosa akan mengorbankan diri demi kebaikan orang lain termasuk musuh-musuhnya dan menjadi tawanan dunia . itulah cinta yang sempurna . 
  6. janganlah kamu mencari perhatian seperti seekor ular hijau yang mendengus-dengus . mungkin kamu akan mendapat perhatian tetapi perhatian itu  berbeza daripada perhatian cinta yang kamu inginkan 
  7. kembang mawar merah membisikkan asmara , kembang mawar putih menghirup cinta , mawar merah adalah helang . mawar putih adalah angsa
  8. ingat pada 1 . jujur pada yang setia . setia pada yang kasih . kasih pada yang rindu . rindulah pada yang menyayangimu
  9. cinta adalah perasaan membahagiakan orang lain menjadi penting sama seperti pentingnya kebahagiaan sendiri . cinta itu kuat dan mempesonakan tetapi cinta juga kuat untuk mematahkan jiwa .
  10. kebencian itu selalunya membunuh manakala cinta tidak pernah mati, itulah yang membezakan antara keduanya . perkara yang di peroleh cinta akan selalu abadi .
  11. cinta itu sangat obsesi , semua orang inginkannya , semua orang mencarinya , tetapi hanya sedikit orang yang mampu memperolehnya , iaitu orang yang berjaya menghargainya kemudian terleka dengannya , dan banyak juga yang tidak pernah melupakannya .
  12. cinta itu adalah sebuah lingkaran yang tidak pernah berhenti daripada berputar dalam keabadian kasih yang manis . perkara yang paling penting tentang cinta itu adalah doa seseorang  .
  13. ungkapan cinta amat manis rasanya  , lebih manis daripada imbangan fikiran cinta tidak pernah mampu berfikir atau berbicara
  14. cinta itu sejati umpama api abadi . selalu terbakar . tidak pernah sakit .dan tidak pernah tua serta tidak pernah mati . tidak pernah juga berpaling
  15. setiap perkara yang terbaik dan terindah di dunia ini tidak akan dapat di lihat atau di dengar tetapi harus di rasakan dengan hati
  16. dalam mimpi dan dalam cinta tidak ada yang mustahil . satu cita-cita , satu cinta , satu mimpi akan memberikan kamu kepuasan yang tinggi terhadap diri dan kehidupan kamu

Rahsia Bulan Kelahiran - FEBRUARI -

  1. berfikiran abstrak
  2. sukakan benda yang realiti dan abstrak
  3. bijak dan pintar
  4. perwatakan yang mudah berubah
  5. mudah menawan orang lain
  6. agak pendiam
  7. pemalu
  8. rendah diri
  9. jujur
  10. setia pada segalanya
  11. keras hati untuk mencapai matlamat
  12. tidak suka di kongkong
  13. mudah memberontak apabila di kongkong 
  14. suka kegiatan lasak
  15. emosi mudah terluka
  16. terlalu sensitif
  17. mudah mempamerkan marahnya 
  18. tidak suka benda yang remeh temeh 
  19. suka berkawan . tapi kurang mempamerkannya 
  20. sangat berani
  21. suka memberontak
  22. bercita-cita tinggi
  23. suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
  24. pemerhatian yang tajam
  25. suka hiburan dan sukan
  26. suka benda yang bersifat seni
  27. sangat romantik pada dalaman , tetapi tidak pada luaran
  28. berkecenderungan pada benda tahyul 
  29. amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  30. belajar untuk mempamerkan emosi



    Tidak Mampu Hidup Sendri



    Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan dengan tujuan agar keduanya saling mengenali , menyayangi , dan saling membantu . Keduanya pun punyai tugas yang sama , iaitu membina kehidupan meskipun ada perbezaan cara dan etika dalam diri masing-masing .oleh itu , peranan inilah yang dapat membantu keduanya merealisasikan fungsinya sebagai makhluk di muka bumi ini .Ayah dan ibu contohnya , di sebabkan mereka memiliki tanggungjawab berbeza maka keluarga anda akan dapat hidup dengan baik . cuba bayangkan sekiranya keduanya saling tidak membantu . pasti keluarga anda tidak bahagiakan ? kerana itulah lelaki dan perempuan tidak boleh berpisah . jadi wajarlah jika lelaki dan perempuan saling jatuh cinta .



    10 Hadiah Yang Sering Kita Lupa Untuk Yang Tersayang :)

    1 . HADIAH MENDENGAR

    * berikanlah hadiah ini kepada yang memerlukan dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang di katakan . Jangan mencelah , jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas

    2 . HADIAH TANDA KASIH

    *jangan kedekut memberikan pelukan , ciuman , dan ramasan tangan . Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih sayang yang ada di dalam hati kamu

    3 . HADIAH SEHELAI NOTA

    *ia mungkin ringkas seperti " Saya Sayang Awak " atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi . Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak di sangka oleh orang yang di kasihi

    4 . HADIAN KETAWA

    *berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar katun atau artikel . mesejnya ialah " saya suka ketawa bersama awak "

    5 . HADIAH PUJI - PUJIAN

    * sesuatu yang simpe seperti " baju biru tuh ngam dengan awak " atau " sedap masakan awak " mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

    6 . HADIAH BANTUAN

    *tolong basuh pinggan mangkuk , buang sampah , jaga anak-anak dan lain-lain .

    7 . HADIAH BERSENDIRIAN

    *ada ketika kita hanya mahu bersendiri , peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri

    8 . HADIAH KECERIAAN

    *cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama-sama orang-orang yang di kasihi

    9 . HADIAH RIADAH

    *sertai sesuatu sukan / aktiviti yang di sukai oleh orang yang dikasihi . kalah pun tak apa . kamu masih menang

    10 . HADIAH DOA

    *selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang di kasihi dan beritahu mereka yang mereka sentiasa berada di dalam doa kita


    Friday 3 February 2012

    Rahsia Bulan Kelahiran - JANUARI -

     
    1. orangnya serious
    2. suka mendidik dan dididik 
    3. sangat mudah melihat kelemahan orang
    4. suka mengkritik 
    5. rajin dan setiap yang di buat nampak keuntungan
    6. suka pada kecantikan , kekemasan , teratur
    7. bersifat sensitif
    8. Berfikiran mendalam
    9. pandai mengambil hati orang lain 
    10. pendiam kecuali telah di ransang
    11. agak pemalu
    12. mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi
    13. mudah mendisiplinkan diri sendiri
    14. badan sihat tetapi mudah di serang selesema
    15. bercita-cita tinggi
    16. bersikap romantik , tetapi tidak pandai memperlihatkannya
    17. cukup sayang pada kanak-kanak
    18. suka duduk di rumah
    19. setia pada segalanya
    20. perlu belajar kemahiran bersosial
    21. sifat cemburu yang sangat tinggi

    Munajat Pasangan Suami & Isteri


    Ya Allah
    Ya Tuhan Kami ,
    Jadikanlah Rumah Tangga Kami Seindah Rumah Tangga Milik Adam as Dan Hawa as
    Setabah Jiwa Ibrahim as Dan Hajar as
    Sebahagia Kehidupan Yusuf as Dengan Zulaikah as
    Setia Sekata Sulaiman Dan Balqis as
    Sesuci Ikatan Muhammad saw Dan Siti Khadijah as .

    Murahkanlah Rezeki Kami
    Panjangkanlah Umor Kami
    Dekatkanlah Kami Kepada Kebaikan
    Jauhkan Kami Dari Segala Keburukan

    Kurniakanlah Kepada Kami ,
    Zuriat Yang Soleh Dan Solehah Lagi Berilmu ,
    Serta Kebahagiaan Dan Kesenangan
    Di Dunia Dan Di Akhirat
    Amin , Amin , Amin ya rabbal alamin ..

    Thursday 2 February 2012

    Isteri ... Dikaulah Cahaya Kebahagiaanku

     Isteriku yang sangat setia , biarlah aku sentiasa teringatkan wajahmu yang jernih , sejuk dan serseri . aku akan berasa sangat tenang dengan pancaran cintamu yang lahir dari raut wajah bersihmu . Itulah yang membuatkan aku tidak mahu berpisah daripada dirimu ..

    Adakah kau pernah terbaca atau mendengar kata-kata daripada sayidina Umar r.a yang berikut ? kebajikan yang ringan adalah yang menunjukkan wajah berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lembut..

    Tetapi sayangku , bahagiakanlah dirimu terlebih dahulu dengan melakukan perkara- perkara yang di redhai oleh Allah SWT , sudah pasti engkau akan dapat membhagiakan diriku pula . ketahuilah bahawa kebahagiaan adalah milik orang-orang mukmin .

    Sayangku , Kebahagiaan yang terindah adalah apabila engkau senyum akan jelas keikhlasan timbulan pada tulang pipimu dan lahir juga cahaya dari dalam matamu ..

    Kekalkanlah Senyumanmu itu di dalam istana kita . senyumanmu itu sangat penting buat diriku dan iringilah dengan sentuhan lembut jari jemarimu pada tubuhku . Bagi diriku kelembutan sentuhanmu itu boleh membuatkan segala kepenatanku hilang mengikut angin yang berlalu pergi ..

    Tips Menepis Cinta Remaja

    1.  Tegas Dengan Prinsip Diri 
    2. Meletakkan Misi Yang Jelas dalam Hidup
    3. Bersahabat Dengan Rakan Sejantina Yang Soleh
    4. Mengekang Hawa Nafsu
    5. Mendekati Majlis Ilmu
    6. Menyibukkan Diri Dengan Hobi Dan Minat Yang Berfaedah
    7. Akrab Dengan Allah Dalam Ibadah

    Cinta Itu Anugerah


    Sesiapa yang menikahi wanita kerana kemuliaan status sosialnya , 
    maka allah tidak akan menambah kepadanya selain kehinaan ..

    sesiapa saja yang menikahi wanita kerana hartanya,
    maka allah tidak akan menambah kepadanya selain kefakiran ..

    Sesiapa saja yang menikahi wanita kerana kedudukannya ,
    maka allah tidak akan menambah kepadanya selain kerendahan ..

    Kerana sesiapa sahaja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain ,
    kecuali agar pandangan matanya dapat di kekang ,
    dan kemaluannya terpelihara ,
    atau untuk tujuan menyambungkan tali silaturrahim ..
    maka allah akan memberkati pernikahan dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana di sunting olehnya :)



    Copyright© All Rights Reserved FaezEyza@blogspot.com