Salah satu jawatan yang popular dan sering diiklankan oleh syarikat-syarikat swasta ialah jawatan setiausaha. Hal ini menunjukkan jawatan setiausaha mempunyai potensi dan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak di pasaran kepada lulusan di bidang ini.
Tugas seorang setiausaha amat penting di dalam operasi sesebuah pejabat, syarikat
atau organisasi. Seorang pengurus di atau ketua memerlukan setiausaha yang cekap
dalam urusan ini. Tanpa setiausaha tugas seorang pengurus menjadi rumit terutama dalam
melayani panggilan daripada pelanggan, mengatur temu janji, urusan surat-menyurat,
mengatur mesyuarat dan segala urusan rasmi melibatkan pejabat. Dengan kata lain
seorang setiausaha perlu melakukan dan menyelesaikan banyak perkara supaya dapat
memudahkan urusan rasmi ketuanya.
Maka tidak hairanlah, bidang kerjaya ini semakin diperlukan sama ada di sektor
awam apatah lagi di sektor swasta yang menawarkan pekerjaan yang begitu luas.
Kebanyakan daripada kita tahu dan pernah mendengar tentang setiausaha tetapi
mungkin tidak mengetahui bidang tugasnya. Pada kebiasaannya, seorang setiausaha akan
mengendalikan semua fungsi-fungsi kesetiausahaan termasuk kerja-kerja menaip,
memfail dokumen, menyemak surat-menyurat, mengendali panggilan telefon, mengatur
mesyuarat serta menyambut tetamu ketuanya.
Oleh kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para pelanggan syarikat
atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki perwatakan menarik serta hendaklah
memiliki kemahiran berkomunikasi dan menulis yang baik dalam bahasa Melayu dan
Inggeris.
Beliau juga berupaya mengendalikan kerja di bawah pengawasan yang minimum, di
samping mempunyai kemahiran menaip dan trengkas. Di dalam era teknologi
maklumat dewasa mi, memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam mengendalikan
komputer peribadi adalah satu kelebihan.
Pekerjaan ini menawarkan gaji yang menarik di samping dan beberapa imbuhan lain
yang diberikan kepada individu itu asaran khususnya oleh majikan di sektor swasta.
Mereka yang mempunyai pengalaman akan ditawarkan gaji yang lebih lumayan.
Sementara itu, pengalaman akademik dan praktikal akan diperoleh semasa seseorang itu
melanjutkan pengajian di institusi pengajian yang menawarkan program ini. Semasa
pengajian, pelajar bidang kesetiausahaan akan didedahkan dengan kursus-kursus seperti
kesetiausahaan bahasa Inggeris, bahasa Melayu perdagangan dan teijemahan, menaip,
pengenalan perniagaan, pengenalan trengkas, peraturan pejabat dan amali pejabat.
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i) Meminati profesion ini
(ii) Memiliki personaliti yang menarik
(iii) Mahir berkomunikasi
(iv) Mampu mengendalikan komputer
(v) Mempunyai kemahiran menaip dan trengkas
SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI
Untuk menceburi bidang kesetiausahaan ini, seseorang harus memiliki sijil atau diploma
dalam bidang kesetiausahaan atau yang setaraf dengannya yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi tempatan atau kolej-kolej swasta.
TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
Institusi pengajian tinggi tempatan yang menawarkan program ini ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa politeknik tempatan iaitu Diploma Sains Kesetiausahaan dan Diploma Kesetiausahaan Eksekutif, sementara beberapa kolej swasta di negara ini pula menawarkan di peringkat sijil dan diploma.
SYARAT DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN
Bagi Diploma Sains Kesetiausahaan pelajar harus lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/SPMV serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu,
Inggeris serta beberapa mata pelajaran lain. Tempoh pengajian ialah dua tahun.
Manakala Diploma Kesetiausahaan Eksekutif memerlukan calon lulus SPM/SPMV
Manakala Diploma Kesetiausahaan Eksekutif memerlukan calon lulus SPM/SPMV
dengan mendapat kepujian bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan tiga kepujian lain serta
lulus matematik.
lulus matematik.