xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' Saie Eyza.cOm: 2013

Thursday 28 November 2013

Semester 4 di UiTM Jengka

Assalamualaikum :)

ohhh , suda lame saie tidak update blog .

lame pun takde la lame sangat kan . 

busy sikit je , almaklumlah semester baru bermula :)

saye pelajar diploma in office managemant and technology in Uitm Jengka :)

I'm as part 4 student .

Tinggal satu sem je lagi nak graduated !

omg omg omg omg 

tak sabarnya .

Actually , sem 4 ni aku duduk luar , duduk rumah sewa 

dekat Taman desa jaya 2 

seronok sangat taw , 1 rumah ade 3 bilik , kami just duduk untuk 6 orang je . okay la tuh kan .

bayaran untuk sewa rumah pulak 750 sebulan , tu tak termasuk letrik , air .

memang kami kaya pun . 

dah la duit ptptn sikit . memang tak cukup la kan . 

bayangkan 1500 dalam mase 6 bulan

memang tak cukup 

dengan bawak kereta nye ,

confirm kene isi minyak kereta kan ?

duit lagi , makan lagi kan .

nak masak memang tak sempat la kan ,

kelas pad ,

fyi

sem ni , kami ade 2 event kena conduct ,

duit lagi tuh ,

kami memang anak orang kaya pun ,

sikit - sikit duit . gerak sikit je duit .

tapi saye bersyukur sangat sebab dapat kat jengka .

kalau kat shah alam , taktau la .

duit manjang takde je .




biase la , bandar kannn :)

okay la geng , mengantok suda ni .

esok ade kelas lagi ,

nasib memang baik , hari selasa je kelas pukul 8 

jumpe lagi , mate tak boleh bukak dah ni :)

assalamualaikum 

Sunday 17 November 2013

Ciri-ciri jejaka idaman wanita

Assalamualaikum :)

selamat malam semua , tetibe rase rajin pulak malam ni nak post entry ni :)

setiap manusia ade ciri-ciri pasangan yang dieorang nak , kadang -kadang tak same bagi setiap orang tu .

ade yang suke tinggi lampai , ade yang suke same tinggi . boleh dikatekan berdiri same tinggi , duduk same 

rendah lah .

okay sekarang saye nak kongsikan ciri-ciri lelaki idaman wanita . :) 

jom kite intai satu per satu !

  1. Lelaki tu mesti kemas , tak perlu pakai kemeja ber tie bagai . jadi lah diri sendiri . jangan comot-comot , atau pakai selekeh-selekeh ni , perempuan tak suka 
  2. Lelaki tu mesti kena wangi , jangan la balik keje terus jumpe . balik la dulu mandi . kalau lelaki tu keje office takpe lah , duduk dalam aircorn je . kalau keje mechanic , faham-faham jela . so kerap-kerap la pakai minyak wangi , deoderant tu WAJIB .
  3. Lelaki tu mesti kena bersih . kuku potong ! jangan bele kuku tu . kalau pakai kasut tu , stokin kena la basuh , jangan seminggu sekali tukar , berbau k !
  4. Lelaki solat kena cukup 5 waktu , jangan miss sekali pun . macam mana nak jadi ketua keluarga kalau solat pun malas.
  5. Lelaki yang jaga pandangan , mata tak liar , tak pandang perkara maksiat-maksiat ni . tapi susah la zaman sekarang . pakaian seksi-seksi . astagfirullahalazim ,
  6. Lelaki yang tidak meminta-minta . ingat tau . pempuan tak suka laki yang macam ni .
  7. Lelaki yang tidak suka memaksa . REMEMBER ! pempuan paling pantang kalau kena paksa dengan lelaki , ingat ! kau bukan suami nya lagi .
  8. Tidak control , pempuan tak suka kena control , itu tak boleh , ini tak boleh . sebab ade certain lelaki ni dia suka control gf die dari keluar rumah , atau ape-ape je . INGAT ! kau bukan suami dia lagi .
  9. Perempuan suka lelaki yang pandai berjimat cermat , BUT ! bukan kedekut . membeli untuk keperluan saje , bukan ikut nafsu .
  10. Perempuan suka lelaki yang lembut tutur bicara , bukan pondan ! 
  11. Perempuan suka lelaki yang berbudi bahasa bila bersama orang tua , atau orang yang lebih tua .Tahu menghormati antara satu sama lain . 
  12. Perempuan suka bila lelaki tahu adab bersama seorang perempuan .
 
Rasenya sampai sini dulu . nanti kalau ade lagi yang nak dikongsikan , saie post dalam entry lain .
 
selamat membaca :)
 
Assalamualaikum .

Monday 11 November 2013

Keberkesanan Aura White

Assalamualaikum kepada para pembaca :)

Today , pade pagi yang indah ini , haha . mukadimah tak leh blah . 

saye nak cerita kat korang semua tentang keberkesanan " Aura White " ni .

Aku baru je makan aura white ni , tak habis pun lagi sebotol tapi dah nampak cerah dah kulit .

Untuk pengetahuan korang , jerawat tak hilang pun .  parut jerawat tu hilang la jugak . nak putih boleh la .

 Nak putih boleh la . Perempuan mana taknak putih . right ?

Satu btol aura white tu maybe boleh tahan dalam 2 bulan . itu pun kalau korang minum shri skli .

make sure korang minum 2 jam sebelum sarapan , kalau korang nak minum malam , 2 jam selepas makan.

2 scop sekali bancuh tau , make sure air sejuk biasa , jangan air panas plak , nanti hilang zat dia . 

Tapi banyak mana pun korang makan , tapi korang kurang minum air tak guna jugak . 

sebab dia lambat serap , korang makan la supplement ape sekali pun , die mesti suruh korang minum air 

banyak2 kan . Kalau korang nak cepat putih korang kena minum lebih kurang 3 hingga 5 L air sehari .

Aku tak mampu kot , aku mampu minum dlm 2 L cam tu je . tak larat asyik nak pegi toilet je .

Kalau duduk rumah boleh la kan , kalau kerja macam mane pulak , 

Kalau period , kalau tak boleh minum tau . mana2 supplement pun macam tu . takut effect apa ape kat 

korang , aku tak tggjwab k :)

Okay aura white ni , laki n pempuan boleh je minum .

Okay sekarang aku nak tunjuk gambar aura white kat korang , eh ? tapi ade ke orang tak kenal ?

hehe 


Okay skrang aku nak cerita tentang kelebihan utama aura white ni  ..

  1. 50% Pencerahan Ketara dalam 2 minggu . 
  2. Pemulihan kulit yang rosak dan bermasalah
  3. Rambut lebih sihat halus dan bersinar
  4. Mengurangkan kedutan dan garis halus
  5. Melambatkan proses penuaan
  6. Mengatasi masalah sembelit
  7. Mengurangkan sakit sendi
  8. Meningkat tenaga dan lebih aktif
  9. Mengurangkan rekahan kaki
  10. Menguatkan otot kuku dan tulang
  11. Meningkatkan penghasilan susu ibu
  12. Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai untuk ibu mengandung
Okay lah uolss , aku saran kan korang beli la . harga dia RM 150 . 
 
Tetapi
 
Kalau korang beli on9 , mungkin dorang bagi discount tau . RM 135 , Kalau tak silap la , 
 
Lagi pun banyak free gift .
 
Bubye :)
 
Assalamualaikum 

Saturday 9 November 2013

Adab dan Petua Apabila Makan Untuk di Ajarkan Kepada Anak

Assalamualaikum :)
 
Saie sekali lagi ingin berkongsi tips tips kepada ibubapa yang ingin mengajar anak anak mereka adab ketika 
 
makan.. adab tu mencerminkan diri kita yang sebenar :)

  • Makan makanan yang halal , bersih dan juga berkhasiat
  • Jika kita makan dengan orang miskin , dahulukan mereka 
  • Makan ketika lapar , dan berhenti sebelum kenyang
  • Isikan perut dengan 1/3 makanan 1/3 air dan 1/3 angin
  • Mengalas makanan seperti menggunakan saprah
  • Tutup makanan meskipun dengan sebatang ranting
  • Tidak makan makanan atau minuman yang dimasuki semut
  • Tidak meniup makanan dan minuman yang masih panas
  • Basuh tangan sebelum makan
  • Duduk ketika makan dan minum
  • Makan menggunakan tangan kanan
  • Makan menggunakan tiga jari 
  • Mulai dengan membaca basmallah dan doa
  • Mulakan dan akhiri dengan secubit garam
  • Ambil makanan yang paling dekat dahulu
  • Tidak mendahului orang tua kecuali jika diizinkan atau disuruh
  • Tidak tertumpu hanya pada makanan tertentu
  • Tidak tergesa-gesa makan
  • Menjaga makanan agar tidak tumpah
  • Pungut makanan yang jatuh
  • Tidak mencela makanan
  • Tidak membazir makanan
  • Menjilat jari selepas makan
  • Akhiri dengan ucapan Alhamdulillah
Senangkan ? Kalau kita amalkan selalu , yang susah jadi senang :)

Latih dan didik anak kita sejak kecil , budak kecik la senang di asuh dan dibentuk .  betul tak ? 

Sekian saje . 

Assalamualaikum :)

Air Mata Ibu dan Anak

Assalamualaikum :)

Disini saie ingin menyampai , cewah . ayat tak leh blar .

perbezaan antara air mata seorang ibu dan seorang anak :)

Air mata seorang ibu:
 
  • Ketika hendak bersalin
  • Ketika selamat bersalin
  • Ketika anak sakit
  • Ketika anak kelaparan
  • Ketika anak dalam kesusahan
  • Ketika anak menderita
  • Ketika anak berjaya
  • Ketika anak meninggal dunia
  • Di dalam setiap doanya 
 
Air mata seorang anak:
 
  •  Ketika  ibu meninggal dunia
 
Kadang-kadang kita tak sedar yang kita hanya menangis ketika ibu kita telah tiada .

so , hargai la jasa ibu kita yang telah membesarkan kita dari kecil hingga kita dewasa dan berjaya.. jangan 
 
lupakan jasa mereka.. dan jangan jadi anak derhaka taw.. nanti masuk neraka ...

bubye :)

Assalamualaikum

Maxis Unlimited

Assalamualaikum semua :))

Hari ni , bukan hari esok , saye nak kongsikan pengalaman guna sim card maxis unlimited...

sape yang dah try sim ni ? angkat kaki . hehe :)

First of all , sim ni murah je , harge die RM8.80 kupang . budak school pon mampu beli . huhuhu . APE ?? 

beli kat mane ? beli kat kedai nfon la . hehe .

Seperti kite sedia maklum , die internet basic je . so slow sangat . kalau nak bukak google tu nak bukak web 
yang besa2 pon . sory la . memang tak lepas , sebab dh try . kalau korang lepas . bagos la . 

sim ni setakat nak main wechat, line, kakaotalk, facebook, twitter, boleh la . macam aku , hari hari main 

wechat , hari hari update moment . HOHO . Wechat id saie EyzaOmey . kalau nak kawan boleh je . 

confirm 

accept !

Okay lah . rase nye tu jela nak bagi taw tentang sim tu . seronok pakai . sebab tak de limit macam brodben,

kita cuma kene topup je macam biasa kalau dah sampai tarikh luput tu . kalau topup pon korang taknak ! 

taktaw la kan . buat sim card sendiri ! hehe . 

Sebenarnya die macam sim card biase jugak , boleh msg , boleh call . and die ade kelebihan berinternet , 

basic internet ..

Okay lah korang .. nak sambung maen wechat ni .. jom kita kawan ! 

bubye .

Assalamualaikum :)

Thursday 17 October 2013

Tanda Lelaki Ikhlas Dengan Pasangannye

 
Assalamualaikum :)
 
Pada hari yang indah ini saye ingin berkongsi tips macam mane kite nak tahu lelaki tu ikhlas dengan kita :)
 
 
Ingat semue lelaki tu ikhlas ke nak dekat kita , ataupun pura2 je .
  •  Kalau lelaki tu ikhlas suka kan kita , die tak kan sesekali suruh kita ubah penampilan kita

  • Dia juga takkan sesekali mengutuk bentuk badan kita . ingat tu ! kalau lelaki tu ikhlas , die tak kan cakap , "awak ni gemuk la" bla bla bla la .

  • kalau dia ikhlas dengan kita , die takkan sesekali mintak pinjam duit dengan kita , semata2 untuk kepentingan diri die sendiri . kalau die terdesak tu boleh la korang bagi . tapi kalau die asyik mintak duit je dari korang , jangan la bagi . tu maknenya dia nak kikis duit la tu .

  • kalau die betul2 ikhlas cinta kan korang . die takkan sesekali ajak korang pegi tempat2 tak sepatutnya . faham2 la kan . takkan tu pun nak bagitau :D

  • Dia juga akan offer diri dia untuk tolong korang kalau korang susah . susah taw nak dapat laki macam ni . kalau nak mintak tolong ade je alasan lelaki zaman sekarang ni .

  • kalau makan kat kedai , die yang offer diri nak bayar . tapi korang jangan la biar die bayar sorang . kadang2 tu korang la pulak bayar :)

  •  and one more things yang paling penting . kalau die betul2 ikhlas dengan korang , dia takkan sesekali sentuh korang sebelum korang jadi istri dia yang sah . ingat tu .
 
ehem , ehem . sampai sini jela dulu . nanti ade info baru . i kongsi lagi dekat uolls :)
 
bubye !


 


Friday 11 October 2013

10 Perkara Membuatkan Hati Buta

Kamu mengenali Allah s.w.t
TAPI KAMU TIDAK MENUNAIKAN HAK-NYA
 
Kamu mencintai Rasulullah s.a.w
TAPI KAMU MENOLAK SUNNAHNYA
 
Kamu membaca Al-Quran
TAPI KAMU TIDAK BERAMAL DENGANNYA
 
Kamu makan nikmat Allah s.w.t
TAPI KAMU TIDAK MENSYUKURI NIKMAT-NYA
 
Kamu berkata Syaitan itu musuhmu
TAPI KAMU TIDAK MENENTANGNYA
 
Kamu berkata Syurga itu Benar
TAPI KAMU TIDAK BERAMAL UNTUKNYA
 
Kamu berkata Neraka itu Benar
TAPI KAMU TIDAK LARI DARIPADANYA
 
Kamu berkata Mati itu Benar
TAPI KAMU TIDAK BERSEDIA UNTUKNYA
 
Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia
TAPI KAMU LUPA KEAIBAN DIRI SENDIRI
 
Kamu kebumikan mayat
TAPI KAMU TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARINYA
 
 
 
 
 

Tips Untuk Berjaya

Assalamualaikum Semua
Hari ni saye nak kongsi tips macam mana nak Berjaya .
Whoa !
Dalam hidup saye ,
Saye dah Berjaya melepasi upsr , pmr , spm .
Dan Berjaya masuk U . ahaks !
Syukur Alhamdulillah J
Bukan senang nak senang . betol ?
Dan bukan susah untuk susah .
So , kita teruskan pada agenda kita .
Tips untuk Berjaya ialah .
Jeng je jenggg :D
1: jangan sesekali derhaka pada ibu bapa kita . sesungguhnya doa ibu untuk anaknya yang soleh akan diterima allah .
2: jangan tinggal solat , sesungguhnya solat itu tiang agama .
3: jangan melawan guru . nanti tak berkat ilmu tu , kalau cikgu tu dah tak restu ilmu yang di beri . sia-sia usaha kita selama ni .
4: Jadi cikgu kepada rakan . kerana apabila kita berkongsi ilmu itu , kita akan sentiasa ingat dan ingat . tak caye ? cuba la .
5: jangan malas berusaha , rezeki tak kan turun dari langit J
6: amalkan usaha + doa + tawakal = kejayaan .
7: jika gagal sekali , bangun lah dan berusaha lagi . sesungguhnya kegagalan itu adalah kekuatan untuk kita bangun semula .
8: jangan kedekut untuk berkongsi ilmu .
9: memperbanyakkan membuat kebaikkan ,
10: jangan cepat mengeluh okay ! penat itu sementara . bahagia selamanya .
11: banyakkan buat latihan , daripada kita baca . sesungguhnya menulis itu lebih mudah mengingat dari membaca J
12: berikan sepenuh perhatian dalam kelas , jangan banyak termenung je .
13: buat time table kat rumah , kadang-kadang buat saje , ikutnye tak korang tu :P
Cukup lah tips sampai sini saje . nanti kita kongsi tips lagi ye J
Praktikkan tips ni dalam kehidupan korang k .
Insyaallah Berjaya J


Celoteh Cinta

Assalamualaikum semua :)
 
Cinta ?
Apa itu cinta ?
Adakah dari mata turun ke hati ?
Orang kata , mula-mula pandang mata, and then bercinta .
Siapa tahu, jodoh semuanya terletak di tangan tuhan .
Hanya kita je yang merancang
Bagaimana nak cari cinta ?
Cari di facebook ? twitter ?
Orang zaman dulu mana ade laman social macam tu .
Semua ibu bapa yang tentukan jodoh mereka .
Sebab itu lah perkahwinan mereka kekal selama-lamanya J
Betul tak ?
Sedar tak sedar , dalam percintaan . kita dah bagi separuh lagi hati kita pada si dia .
Jika dia pandai menjaganya , maka elok lah hubungan itu .
Jika tidak , hancurlah separuh lagi hati seseorang itu .
Sebab itu lah ramai orang merana kerana cinta .
Sanggup membunuh diri . terjun dari tingkat 10 .
What the hell ???
Gila agaknya .
Kerana seseorang yang mereka sayang .
Mereka sanggup buat kerja yang membodohkan diri mereka .
Sebab itu lah orang cakap .
Cinta itu buta .
Manusia sanggup buat apa saja demi cinta .
Sampai tak tahu dosa pahala .
Yang tahu tu alhamdullillah J
Tak , bukan apa .
Kerana cinta juga lahirnya anak luar nikah .
Betul tak ?
Kita bukannya nak memalukan sesiapa ,
Cuma kita nak ambil iktibar dari kisah mereka .
Kita ni manusia biasa , tak lari dari melakukan kesilapan .
Tak salah untuk kita bercinta .
Islam tak melarang untuk kita bercinta .
Cinta kepada agama
Cinta kepada allah dan rasul
Cinta kepada ibu bapa
Cinta kepada alam sekitar
Tak gitu ? hehe .
Sampai sini jela celoteh saye pada hari ini .
Sekian terima kasih J

Tuesday 8 October 2013

Cuti Semester Kembali Lagi

Hoorey ! Hooreyy ! ^_^

Cuti sem .

duduk rumah yang membuat kan aku kebosanan tahap melampau .

kan ? nak keja of coz laa tak kan . haha .

duduk la rumahku syurgaku ni .

Ade certain tu time cuti sem ni la dorg pi keja .

cari duit lebih la katakan .

but not me .

mak , duit sikit . haha . biase la .

anak tunggul la katekan . hehe .

mintak ape je dapat . tapi bukan semue . haha

daku ni bukannya kaye raye macam dato siti ,

opss , kenape mesty libatkan die ? haha .

soo ayat last . aku nak cakap .

Happy duduk rumah ! :D

Monday 7 October 2013

Template Hilang

omg omg omg ! template hilang , ingat nak tukar template lain ,

delete yang lame , and then tak jadi . hilang macam tu je .

bila buat backup , tak reti nak masukkan balik semula .

ape pon tak boleh . dah kena buat semula .

ape yang aku buat untuk cantikkan blog selama ni ,

habis hilang ! arghh . sedeh gile .

tak dapat nak gambarkan stress die macam mane .

and then aku ambek la template baru,

dengan perasaan yang sedehnye, buat lah baru .

:((

Monday 23 September 2013

Jalan2 Teluk Chempedak



Anak Sape ntah ni, chomel sangat :D







 Amboi, jauh termenung...
Saye pon nak termenung jugak :)




 Tak salah kan buat muke macam ni :P
No Caption

10.7.2011. Tarikh kami :)
Budak ni tengah cari crab :D
No caption
No caption
Muke poyo !
Tempat yang same , batu yang same . ahah !
Abaikan gambar ni ...
Nampak sweet je saye :P haha !
Ni bukan iklan gg okay :D

Pertama dan Terakhir


Actually, selama aku berada kat uitm dihatiku ni, aku tak pernah snap gambar kat sini.  

So, aku teringin nak snap gambar kat jambatan yang cantik konon2 ni.

Monday 16 September 2013

My Baby Bear

Ni my baby bear, yang putih tu name die Faez , yang chokelat tu name die baby .
Yang putih tu dapat mase besday 2 taon lepas, 
Yang satu lagi tu dapat taon ni ,
Due due tu Si die bagi and mintak :P haha .

Kuliah Ohh Kuliah


Mase ni dekat dalam kelas, sempat lagi snap tu :D lecture lambat !



Ni kawan saye, name die husna :) 


Masa ni dekat library . Uitm Jengka di hatiku . hehe :)

 
 
Saje buad muke kiut, tak salahkan ? hahaa

Sekadar Perkongsian


 Sedapnyer KFC tuh yerk :D Nak ? beli la sendiri ..


Ambek gambar kat tandas , tak salahkan ? :D

 
Haaa, yang ni mase dekat kl Tower... jalan2 dengan family je

Jalan-Jalan Je


Ish - ish , gemok jugak ye aku ni :D takpe takpe , asalkan chumel ! hahaha :)


Peace :D Abaikan Tangan yang sebelah lagi tu . hehe :)

 
Alololo , Teutt nye muke die ! haha . 


Ni kawan saye, nama die ana ! takde sape nk ambek kan gambar, so ambek la sendiri . hehe

Friday 13 September 2013

Final ohh Final

Pejam Celik Pejam Celik .

Dah nak final .

Nasib baik pejam celik .

Kalau pejam tak celik-celik dah .

Tanam jela jawabnya :(

Sedar tak sedar ,

dah penghujung semester dah .

herm...

tinggal seminggu je lagi nak belajar ,

nak ade test la , kuiz la , hantar assignment

what so ever la .

Sbar jela . rase macam nak gila dah .

Semua benda nak kena buat .

Ade yang lepas tangan lah .

Ape lah . ermm . Taktaw lah nak cakap macam mana

Dah la sem ni ade 5 subjek yang nak jawab final

Dah la gap dekat dekat . Susahnya la nak study .

Pening-pening !

Baru diploma , Belum Degree lagi .

Entah lah . Taktau nak cakap .

Sabar jela ..

Kursus Pra Perkahwinan

Sape nak kahwin ?

saya orang pertama angkat tangan :D

Bukan gatal !

cuma lumrah sebagai manusia .

Ade orang taknak kahwin ?

Ade orang yang nak bujang sampai mati ?

takde kan .

Aku nak cerita yang aku dah pergi kursus pra perkahwinan .

Opsss . Bukan beerti aku nak kahwin sekarang .

Sebab hari tu dekat uitm ade buat kursus ni .

aku pun join la sekali .

Tak salah kan kita nak menimba ilmu .

ambil langkah awal . haha .

Nanti tak payah susah-susah nak pergi kursus kahwin dah .

Tapi yang paling best and seronoknya .

Sijil tu Takde valid . boleh guna sampai bila-bila .

hehe . korang bila lagi ?

saya sudah . haha :D

maaflah ye , gambar tak di kepilkan bersama .

malu la . hahaha :D

Sabar Jelah

Motor ??

Seronok kan kalau dapat naik motor hari-hari :)

Aku ingat Semester 4 nanti bile dah duduk luar , boleh lah bawak motor .

Tapi jangkaan aku meleset !

arghhh . my mom tak bagi ..

nak tau tak reason ape die tak bagi ?

die kate ...

nanti ade orang tahan kat tengah jalan

die kate lagi ......

lelaki ni jahat-jahat belaka .

hermmm .

diam jela . nak cakap ape lagi kan .

mak kite , dengar jela .

mungkin dia taknak jadi ape-ape kat anak die .

maklumlah ..... anak tunggal .... sabar jela ......

itu tak boleh , ini tak boleh . entah la ...



Friday 23 August 2013

of Coz la Ny Saie :)


Saye yang pakai tudung merah tu okay . yang sebelah tu , entah la sape . tak kenal lah ! hahah :D
comel kan saye ? ohh ! saye taw dah . haha :P . Masa ni makcik bertunang . tumpang sekaki la kan .


Okay Tak gambar ni ? okay kan ?? nampak ayu gitu . hehe :D

  

aLaaa . Muke tak jelas . ala biase la . kamere 3310 je. Asalkan nampak muke :D


Poyo gile muke . tapi sweet . hahaha :D


Pehh . chomel gilew awek ni . dah la comel . gile pulak tu :D


Muke belagak je . hehe . biase la . dapat pegang bunga . :D



Sweet bohh saye . haha . suke sangat perasan kan . biasela . hobby memang suke perasan :D


Posing macam perempuan melayu terakhir tak ? jujur k jawab tu . ni last picture . tak payah scroll ke bwah dah :D hehe ,


Thursday 23 May 2013

Semester Baru

9 . June . 2013 . 
Saat yang ditunggu-tunggu oleh aku . 
YES ! New Semester . 
Aku dah jadi budak part 3 . Helo budak Part 1 , 
Im your Senior . haha . lambat betol la tarikh tu , 
aku dah bosan gile duduk kat rumah ni . dah la mak tak bagi keje , 
duduk jela rumah ni 2 bulan . Bosan nak mam*** taw tak . 
Nak keluar pun susah . ARGHHH ! terkongkong jew aku rase . 
Kalau kat U , aku boleh buat ape yang aku suke ,
 takde sape boleh larang . 
Bile Kat rumah , tuh tak bole , ini tak boleh . jangan itu , jangan ini . Naik gile aku .
 BTW . Aku nak cerite pasal ketidak sabaran aku nak masuk new sem je . hehe . XOXO :D

Friday 17 May 2013

Sweet Kan Kami :D



Sweet kan ? haha . time ni kenduri dekat ruma kazen budax yang pakai baju etam tu . xoxo . :D

Saturday 2 March 2013

Post Tanpa Tajuk

LELAKI ? Ahh ! Lupekan Jela .

Janji Beria , Tak Tunai Pon !!
Dulu Cakap Lain , Skunk Cakap Lain , Macam Keling Tau Tak ??
Couple Untuk Main-main ? Kau Boleh Buat , Aku Boleh Buat Lebih Dari Tu ! Ade Faham ?
Aku Tak Pernah Takut Dengan Laki ! , Dieorang Pon Makhluk Allah Jugak ,
Kuat Berjanji , Tunainya Tak ! Macam Bodo Kau Tau ?
Mengayat Bukan Main ! , Sorry K . Aku Tak Layan Ayat Jiwang-Jiwang Ni , Its Not Me Okayh Bebeyh ,
Awek Sexy Buat Awek , Awek Muslimah Buat Bini ! , Kau Ingat Dieorang Pandang Kau ? Eh Jeling Pon Tak Lah ! Jangan Simpan Cita-cita Tu Tinggi Sangat K ! , Ukur Baju Di Badan Sendiri Lah Weh ! , HAHA
Kau Ingat Kau Macho Lah Ushar-ushar Awek Lalu , Buat Bunyi Tikus Kau Tu ? Meluat K Meluat !
Time Azan , Kau Dok Melepak Depan Tangga Mall , Orang lain Semua Pegi Masjid . Kau Ingat Kau Bagos ?  Kau Ingat Ade Pempuan Pandang Kau ? Nanti Nak Azan Anak Time Lahir Pon Tak Reti ! ,
Ade ? Ade Aku Kisah Kalau Kau Benci Aku ? Sumpah Aku Tak Kesah !

Copyright© All Rights Reserved FaezEyza@blogspot.com