1. Fahamilah perasaan suami
Faham persaan suami anda dari sudut seorang lelaki dan bukan cara untuk mengubah personalitinya sebagai seorang lelaki seadanya. Cuma fahami sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak berlawanan dengan kehendak agama.
2. Gunakan kuasa pujukan.
Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi. Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya. Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.
3. Menghormati dan memahami kehendaknya.
Secara umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan menjadi penting ada di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan terserlah.
4. Tujukkan rasa gembira bila bersama.
Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan . Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan.
5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan.
Dengarlah dengan penuh perasaan apa yang ingin dikongsi oleh suami. Berjenaka dan gurau senda antara suami isteri dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Menghormati diri sendiri.
Seorang wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan peribadinya demi menjaga maruah rumahtangga. Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi dalam hubungan antara suami isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat taulan atau jiran tetangga.
Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu!