xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' Saie Eyza.cOm: cara hilangkan parut jerawat

Sunday, 25 December 2011

cara hilangkan parut jerawat



1.  Campurkan madu dan bedak sejuk kemudian sapu di parut jerawat anda.

2. Ambil sepotong ubi kayu dan kupas kulitnya. Buangkan kulitnya. Kemudian bersihkan dan parutkan ubi kayu tersebut.Selepas itu perah untuk dapatkan airnya. Sapu air tersebut pada bekas jerawat anda.

3. Campurkan madu lebah dengan kulit kayu manis yang telah di asah. Sapu di muka yang berparut pada waktu malam. Cuci dengan air suam  pada esoknya. Amalkan 3 kali seminggu.

4. Ambil 10 helai daun sireh dan tumbuk daun tersebut. Kemudian sapu pada tempat berparut. Cuci setelah ianya kering.

5. Kisarkan timun dan tapis airnya. Hampas timun tersebut sapukan di muka anda. Selepas setengah jam, cuci dengan air suam.

6. Perah buah lemon untuk mendapatkan jusnya. Lumurkan jus lemon tersebut ke muka 2 kali sehari dan minum jus lemon 1 kali sehari.

7. Gunakan daun lidah buaya. Ambil jelnya sahaja dan lumurkan pada kawasan berparut. Bilas dengan air suam setelah kering. Jelnya juga boleh di buat jus dan minum1kali sehari.

Copyright© All Rights Reserved FaezEyza@blogspot.com