xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' Saie Eyza.cOm

Thursday, 2 February 2012

Apa Makanya setia

Kenapa Harus Bercinta ,
Andai Kita Tidak tahu
Cara menghargainya :)

Kasih Sayang Dan Percaya ..
Antara Satu Sama Lain Adalah ..
Satu perkara Yang wajib Ada Dalam bercinta :)



Dan Yang Paling Penting ..
Adalah SETIA ..
Jangan Terlintas Sedikit pun Perasaan Untuk Meninggalkannya ..
Di Atas Sebab yang Remeh Temeh :)

Dalam Hubungan Yang kurang Mesra ..
Kesabaran adalah Penting Untuk Menjadikan ..
Hubungan Itu Bertambah Mesra :)

Bingkisan Doa Buat Yang Tersayang



 Ya allah ..
Seandainya Telah engkau catatkan , 
Dia milikku tercipta buatku ..
satukanlah hatinya dengan hatiku ..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami ..
Agar kemesraan itu abadi ..
Dan Ya Allah ..
Ya tuhan Yang Maha Mengasihi ..
Seiringkanlah kami Melayari hidup ini ..
ketepian Yang sejahtera dan abadi ..


Tetapi Ya allah ..
Seandainya Telah engkau takdirkan dia bukan milikku ..
bawalah dia jauh dari pandanganku ..
Luputkanlah dia dari ingatanku ..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan ..


Serta Ya allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti ..
berikanlah aku kekuatan ..
Melontarkan Bayangan Jauh ke dada langit ..
Hilang Bersama Senja Nan Merah ..
Agar aku bahagia ..
Walaupun Tanpa Bersama Dengannya ..


Dan Ya allah Yang Tercinta ..
Gantikanlah Yang Hilang ..
Tumbuhkanlah Kembali Yang Telah Patah ..
Walaupun tidak sama dengan dirinya ..
Ya Allah Ya Tuhanku ..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu ..
Sesungguhnya apa yang engkau telah takdirkan ..
Adalah yang terbaik buatku ..
kerana engkau maha mengetahui ..
Segala yang terbaik buat hamba ini ..


Ya Allah ..
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku .
Di dunia dan di akhirat ..
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini ..
Jangan engkau biarkan aku sendirian ..
Di dunia ini mahupun di akhirat ..
Menjerumuskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran ...
Maka kurniakankah aku pasangan yang beriman ..
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ..
ke jalan yang engkau redhai ..
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh ..


AMIN ...
ya rabbal alamin ..

Hatiku

Wahai Hati Tatkala Kau Bersendirian ,
Ada Yang Hadir Memujukmu ..

Wahai Jantung Hatiku Tatkala kau Kesedihan ,
Ada yang Datang Menggembirakanmu ..

Wahai Penawar Hatiku Tatkala Kau Kegelisahan ,
Ada yang rapat Menenangkanmu ..

Wahai permata Hatiku Tatkala kau Kekesalan ,
Ada Yang Berlari Mendakapmu ..

Wahai Pemburu Hatiku Tatkala Kau Kesamaran ,
Ada Yang Menyinari Mencerahkan ..

Wahai Hati Yang Bercinta Teruskanlah Menangis ,
Kerana Dalam Tangisan bercinta ,
Yang manis Jadi senyuman ..

WAHAI PEMILIK HATI ALLAH

Aku Hanya Insan Biasa Yang MencintaiMU ,
Suburkanlah , Siramikanlah , Balutilah , Selimutkanlah , HATI INI 

Apa Itu Cinta


Cinta Selalu Kreatif Dan Aktif
Kreatif pada dasarnya memerlukan waktu , usaha , dan tenaga .
Waktu , usaha dan Tenaga Yang Dicurahkan untuk Meluahkan cinta akan Menghasilkan rasa sayang Yang Sangat Mendalam . Cinta Tidak Pernah Berhenti . Cinta adalah Lingkaran Yang Terus Berputar .




Ada cinta yang agung Antara Hamba Dan Tuhannya ..




Ada cinta Yang Kudus antara Ibu dan Anaknya ,,



Ada Cinta yang setia Antara Teruna Dan Dara ..



Ada Cinta Persaudaraan Yang Tiada Bandingnya ..
Ada Cinta sesama makhluk Yang begitu mulia dan cinta ada dikatakan hampir tidak memilih usia ...
Ia juga Tidak mengira Rona Bangsa ..
Tidak Ada miskin Kaya Dalam Catatan Kamus Cinta ..
Jesturu ,,
Cinta dikatakan sesuatu Yang cukup Luar Biasa Dalam Cakerawala Hidup Setia Jiwa

Thursday, 26 January 2012

Rahsia Senyuman







1-Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2-Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3-Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4-Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5-Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6-Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7-Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8-Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9-Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).




10-Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11-Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12-Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13-Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14-Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Wednesday, 25 January 2012

Jenis Lelaki Kacak Di Mata Aku

- Lelaki solat lima waktu sehari
semalam.
- Lelaki menghulurkan sedekah
kepada yang memerlukan.
- Lelaki memakai pakaian yang
sopan dan kemas.
- Lelaki yang menghormati ibu bapa
dan sanak saudara.
- Lelaki mampu menepis godaan zina
dan maksiat.
- Lelaki menjalankan tanggungjawab
kepada adik beradik dan keluarga.
- Lelaki memberi ruang duduk untuk
wanita atau golongan uzur di
tempat awam.
- Lelaki berjaya mengawal perasaan
marah dengan ucapan zikrullah.
- Lelaki bertutur dengan penuh
sopan dengan penuh hemah pada
orang lain.
- Lelaki melaungkan azan dan
menjadi imam ketika menunaikan
solat.
- Lelaki menyediakan nafkah zahir
dan batin pada isterinya (sudah
berumahtangga).
- Lelaki berjaya mengawal perasaan
cemburu buta terhadap isterinya.
- Lelaki melayan isteri seperti seorang bidadari.
- Lelaki mampu bangun dari tidurnya
pada malam hari untuk melakukan
ibadah sunat.
- Lelaki mudah dibawa berbincang
dan bertolak ansur.
- Lelaki mampu berdikari dan
bersungguh untuk sesuatu yang
diinginkan.







Copyright© All Rights Reserved FaezEyza@blogspot.com