xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' Saie Eyza.cOm

Friday, 3 February 2012

Rahsia Bulan Kelahiran - JANUARI -

 
  1. orangnya serious
  2. suka mendidik dan dididik 
  3. sangat mudah melihat kelemahan orang
  4. suka mengkritik 
  5. rajin dan setiap yang di buat nampak keuntungan
  6. suka pada kecantikan , kekemasan , teratur
  7. bersifat sensitif
  8. Berfikiran mendalam
  9. pandai mengambil hati orang lain 
  10. pendiam kecuali telah di ransang
  11. agak pemalu
  12. mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi
  13. mudah mendisiplinkan diri sendiri
  14. badan sihat tetapi mudah di serang selesema
  15. bercita-cita tinggi
  16. bersikap romantik , tetapi tidak pandai memperlihatkannya
  17. cukup sayang pada kanak-kanak
  18. suka duduk di rumah
  19. setia pada segalanya
  20. perlu belajar kemahiran bersosial
  21. sifat cemburu yang sangat tinggi

Munajat Pasangan Suami & Isteri


Ya Allah
Ya Tuhan Kami ,
Jadikanlah Rumah Tangga Kami Seindah Rumah Tangga Milik Adam as Dan Hawa as
Setabah Jiwa Ibrahim as Dan Hajar as
Sebahagia Kehidupan Yusuf as Dengan Zulaikah as
Setia Sekata Sulaiman Dan Balqis as
Sesuci Ikatan Muhammad saw Dan Siti Khadijah as .

Murahkanlah Rezeki Kami
Panjangkanlah Umor Kami
Dekatkanlah Kami Kepada Kebaikan
Jauhkan Kami Dari Segala Keburukan

Kurniakanlah Kepada Kami ,
Zuriat Yang Soleh Dan Solehah Lagi Berilmu ,
Serta Kebahagiaan Dan Kesenangan
Di Dunia Dan Di Akhirat
Amin , Amin , Amin ya rabbal alamin ..

Thursday, 2 February 2012

Isteri ... Dikaulah Cahaya Kebahagiaanku

 Isteriku yang sangat setia , biarlah aku sentiasa teringatkan wajahmu yang jernih , sejuk dan serseri . aku akan berasa sangat tenang dengan pancaran cintamu yang lahir dari raut wajah bersihmu . Itulah yang membuatkan aku tidak mahu berpisah daripada dirimu ..

Adakah kau pernah terbaca atau mendengar kata-kata daripada sayidina Umar r.a yang berikut ? kebajikan yang ringan adalah yang menunjukkan wajah berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lembut..

Tetapi sayangku , bahagiakanlah dirimu terlebih dahulu dengan melakukan perkara- perkara yang di redhai oleh Allah SWT , sudah pasti engkau akan dapat membhagiakan diriku pula . ketahuilah bahawa kebahagiaan adalah milik orang-orang mukmin .

Sayangku , Kebahagiaan yang terindah adalah apabila engkau senyum akan jelas keikhlasan timbulan pada tulang pipimu dan lahir juga cahaya dari dalam matamu ..

Kekalkanlah Senyumanmu itu di dalam istana kita . senyumanmu itu sangat penting buat diriku dan iringilah dengan sentuhan lembut jari jemarimu pada tubuhku . Bagi diriku kelembutan sentuhanmu itu boleh membuatkan segala kepenatanku hilang mengikut angin yang berlalu pergi ..

Tips Menepis Cinta Remaja

  1.  Tegas Dengan Prinsip Diri 
  2. Meletakkan Misi Yang Jelas dalam Hidup
  3. Bersahabat Dengan Rakan Sejantina Yang Soleh
  4. Mengekang Hawa Nafsu
  5. Mendekati Majlis Ilmu
  6. Menyibukkan Diri Dengan Hobi Dan Minat Yang Berfaedah
  7. Akrab Dengan Allah Dalam Ibadah

Cinta Itu Anugerah


Sesiapa yang menikahi wanita kerana kemuliaan status sosialnya , 
maka allah tidak akan menambah kepadanya selain kehinaan ..

sesiapa saja yang menikahi wanita kerana hartanya,
maka allah tidak akan menambah kepadanya selain kefakiran ..

Sesiapa saja yang menikahi wanita kerana kedudukannya ,
maka allah tidak akan menambah kepadanya selain kerendahan ..

Kerana sesiapa sahaja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain ,
kecuali agar pandangan matanya dapat di kekang ,
dan kemaluannya terpelihara ,
atau untuk tujuan menyambungkan tali silaturrahim ..
maka allah akan memberkati pernikahan dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana di sunting olehnya :)



Tips Memikat Wanita

JADI DIRI SENDIRI

Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita sesuatu harus di lakukan untuk membuatkan dia kagum denganmu .. sebagai contoh , anda tidak menjadi diri anada , sebaliknya menjadi lelaki yang anda rasa wanita suka .. Lantas , anda bertutur dengan tertib sehingga membosankan dan melakukan perkara yang di harapkan oleh wanita seperti buka pintu kereta , tarik kerusi sebelum dia duduk dan sebagainya .. Kalau semua yang anda lakukan ini perkara biasa yang memang anda ingin lakukan , mungkin tidak mengapa.. tetapi jika anda lakukan sekadar untuk membuat dia terpikat , berhenti ! . wanita lebih gemarkan lelaki yang ori atau erti kata lain , lelaki yang jadi diri sendiri ..

KAWAL KEADAAN

Mungkin anda rasakan jika wanita di beri kuasa untuk mengawal keadaan , mereka akan suka .. Logik anda ialah jika anda membuat dia rasa bahawa dia telah berjaya memikat dirimu, dia akan suka . Jangkaan itu Tidak tepat kerana wanita suka pada lelaki yang pandai kawal keaadan dan pastikan dia tahu yang dia pilihanmu dan bukan sebaliknya .. anda telah memilih dia dan harus gembira dengan hakikat itu ..



BIJAK MEREDAKAN KETENANGAN

Wanita paling benci berada dalam keadaan tegang .. apabila tidak bersependapat atau berdiskusi tentang apa-apa saja isu hangat , jangan biarkan emosi memandu anda .. biarkan wanita dengan emosi mereka dan mereka inginkan anda meredakan ketegangan yang ada .. isu yang tidak selesai akan menimbulkan perasaan serba salah merebak kepada perasaan yang lebih membahayakan . Tunjukkan pada dia yang anda Tidak Terjebak dalam emosi yang boleh memusnahkan perhubungan.. jika anda matang mengawal ketegangan .. wanita akan tertarik padamu

IMEJ NAKAL

Imej budak baik atau anak mak tidak popular di kalangan wanita , kecuali di kalangan ibu mereka .. wanita lebih tertarik dengan lelaki yang berimej nakal .. jangan berpakaian imej seperti ingin pergi ke temu duga apabila berjumpa dia .. biar anda kelihatan sedikit selekeh tetapi seksi , biar renungan anda meremangkan bulu roma dia .. biar kerlingan anda membuat dia teruja ....

Selamat mencuba !
Copyright© All Rights Reserved FaezEyza@blogspot.com